My Skin Care Routine :)

Assalamualaikum & Hye reader(s)!



So harini aku nak share sikit pasal skin care routine aku. Maybe dapat membantu sesiapa yang memerlukan kannnnnn. Btw aku nie bukanlah beauty expert pun, sekadar berkongsi pandangan aku sahaja. Dan kulit aku setakat nie alhamdulillah tak bermasalah teruk and jarang naik jerawat. Kalau ada pun sebab hormon and malas nak cuci muka :P Let's get started!

Basically, aku akan start dengan cuci muka > toner > moisturizer > acne/scar gel > night/day cream. Paling kurang 2 kali sehari, lepas bangun tidur and before tidur. Waktu lain, lepas mandi :)

1. Cuci Muka
Untuk cuci muka, aku pakai sabun dari set HAcare. Bagi aku, memang best set HAcare nie sebab berasaskan sumber semulajadi; madu lebah kelulut, propolis, beebread & minyak kelapa dara (vco). Pastu, aku jugak guna konjac sponge sebagai alat untuk proses cucian lebih efektif gituuu. And best sangat pakai konjac sponge nie sebab lembut sangat and muka rasa bersih ja lepas guna. For further information pasal konjac sponge nie boleh la tanya encik Google okay. Konjac sponge nie ada banyak jenis, warna & kegunaan.

Boleh dapatkan set HAcare di : Instagram | Facebook
Konjac sponge boleh cari kat Sasa @ Sephora. Tempat lain aku tak tau

Source: Google

Boleh beli kat Sasa - RM12.50
Source: Google
2. Toner
Alright, step kedua pulak toner! Toner nie sebenarnya antara benda basic dalam penjagaan muka kita. Antara kegunaan toner; kecilkan liang pori, seimbangkan pH pada kulit, tambah lapisan perlindungan pada kulit, melembap, menyegar. Dan pada pandangan aku, toner nie jugak dapat membersihkan kotoran yang tak habis dicuci dengan pencuci muka. So macam cuci muka dua kali laa *pandangan aku ja* and muka pun bertambah2 -tambah bersih. Setakat nie aku pakai toner brand Simple. Brand nie boleh dapat dari mana-mana drugstore rasanya.

Source: Google
3. Moisturizer
Next step, moisturizer! Okay basically moisturizer nie function dia nak melembapkan kulit muka kita ya kawan-kawan! Tak kisah laa apa jenis kulit muka kita, oily, combination or dry sekalipun kena moisturize! Bagi yang oily skin, mesti akan fikir dah oily kenapa perlu moisturize? Kat sini konsep dia tak sama okay. Cuba bayangkan muka kita basuh dengan minyak compared to kita cuci dengan air. Tak sama kan? haa lebih kurang macam tu laa konsep dia. So JANGAN skip moisturize kulit anda keyhh. Untuk moisturizer, sama brand dengan toner tadi. Brand Simple.

Source: Google
4. Acne/Scar Gel
Lepas dah pakai moisturizer, tunggu dulu sampai moisturizer betul2 serap dalam kulit and then aku akan pakai acne/scar gel. Untuk acne gel aku pakai brand Clean&Clear and untuk scar gel aku pakai brand Hiruscar. So far both acne and scar gel works wonder on my skin. Yang penting kena sabar sebab takes time parut and jerawat tu nak hilang. 

Source: Google
Source: Google

5. Day/Night Cream
Last but not least, day/night cream. Day/night cream nie dari set HAcare. So far okay dengan kulit aku since based on natural ingredients kan. Texture day cream HAcare macam foundation sikit. So siapa yang suka pakai make up tu, dah save sikit duit xpayah beli foundation. Sebab walaupun berpeluh, day cream nie still okay dekat muka. And then, night cream pulak texture dia macam gel cream. bila apply kat muka rasa macam dia cair meresap dalam kulit gituuu. Dua-dua cream pun best since kulit aku jenis xboleh ada lapisan atas kulit. Sebab kadang-kadang ada jenis cream yang tak meresap betul-betul dalam kulit so kulit aku xboleh bernafas. End up aku cuci muka, cuci segala benda atas kulit muka aku. 

Source: Google
6. Lipbalm
Okay part nie optional kott. Aku akan pakai lipbalm tiap kali before tidur, and before aku apply any lipsticks. Lip balm yag aku pakai nie Natural Treatment Lipbalm. Kalau kulit muka kita jaga, xkan tak jaga lips kita kann. Since aku jenis bibir kering, so aku amalkan pakai lipbalm selalu. Aku lagi prefer treatment lipbalm nie sbb dia colourless and no fragrance. Setakat sekarang aku tengok lips aku pun getting better. Siapa yang ada masalah bibir kering macam aku and suka pakai matte lipsticks, aku sangat-sangatlah recommend pakai dulu lipbalm before apply any matte lipstikc on!

Source: Google


7. Extra Care
Okay, for extra care pulak aku akan scrub muka, pakai mask and pakai nose pads. Semua benda nie aku akan buat kalau rajin. 2-3 times per week. Selalunya weekend tu time paling aku rajin laa kan. Selain tu aku akan pakai bila nampak muka naik jerawat or bila pegang hidung rasa kasar means that banyak blackheads! Mask yang aku selalu pakai setakat nie, Freeman claymask (Avocado&Oatmeal Clay Mask, Charcoal&Black Sugar Mud Mask). And untuk face scrub pulak, Green Tea scrub from St. Ives. Semua nie boleh dapatkan di mana-mana drugstore berdekatan anda :)


Source: Google

Source: Google
Source: Google


Okay that's all! Senang kan? And semua harga sangat affordable, tapi works well. Selamat mencuba! xoxo

Sepi Menyepi Kesepian

*Setahun Kemudian*

Assalamualaikum & Hye reader(s)!

Hye uolls :) Sedar tak sedar dah setahun aku tak update apa-apa pun kat blog kesayangan aku nie haha. Aku pun tak sure lah busy sangat ke macam mana sampai setahun menyepi. Nak cakap busy, tak lah busy sangat pun. Masa banyak habis menghadap DOTA je :P And sekarang nie aku masih lagi struggle habiskan degree aku di UTeM. Ada lagi setahun ja nak habis.... Best? Tak sabar? Memang macam-macam perasaan ada. Tapi sebelum dapat apa yang kita nak capai tu, mesti la ada rintangan yang perlu kita hadapi kan? So rintangan aku sekarang nie, kena siapkan FYP. Aiyoo pening kepala! But i'll try my best to achieve my dream. Uolls pun jangan la cepat putus asa okay? Walaupun kadang-kadang kita rasa macam nak give up, tapi cuba fikirkan semangat orang-orang yang sentiasa sokong kita dari belakang :) Sekian sudah luahan hati aku yang setahun terpendam.