Resepi Melty Hershey

Assalamualaikum & Hye reader(s)

Okay sekarang nak kongsi resepi melty hershey pulak. Tak larat nak membebel, straight to the point :)

BAHAN-BAHAN

Bahan A
  • 250 ml UHT whipping krim
  • 250 g cream cheese
  • 200 ml susu pekat manis ( boleh kurangkan )
Bahan B
  • Syrup coklat ( nak guna perisa lain pun boleh. Ikut selera masing-masing )
  • Biskut marie/biskut oreo ( saya guna biskut marie )
  • Bahan Hiasan
  • Mozzarella cheese(disagat/parut), M&M's chocolate, buah strawberry, && hiasan lain ( Ikut kreativiti masing-masing )

CARA-CARA

  • Satukan semua Bahan A, pukul sehingga pekat dan tidak berketul
Cara Melapis
  • Buat satu lapisan adunan Bahan A pada dasar bekas ( bekas ikut suka )
  • Rendam biskut marie dalam air masak / air susu sebelum susun di atas lapisan cheese tadi ( sekejap sahaja, cukup sekadar melembutkan biskut )
  • Picit syrup coklat dan ratakan
  • Tutup dengan lapisan adunan Bahan A
  • Ulang step 2 sehingga adunan Bahan A habis * pastikan adunan Bahan A berada di lapisan paling atas*
  • Tabur bahan hiasan mengikut kreativiti anda
  • Masukkan dalam peti sejuk selama beberapa jam sebelum dihidang :)

Okay done. Selamat mencuba , Selamat makan :)


No comments: