Resepi Caramel Rainbow Cake

Assalamualaikum & Hye reader(s)

Entri kali nie nak share pasal resepi caramel rainbow cake. Alaaa kek yang dekat atas dia ada caramel tuuu. Tau? Hahaha kalau tak tau jugak, tolong pergi tanya Ecik Google sekarang. Okay lets get started :)

BAHAN-BAHAN

Gula Hangus ( A )
  • 2 sudu besar gula ( Bergantung pada size loyang ) *Tabur atas loyang && masak atas api perlahan sampai gula bertukar keperangan. Jangan lama sangat, nanti pahit. Then, ratakan di seluruh permukaan loyang. Biarkan sejuk*
Puding ( B )
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3 biji kuning telur
  • 2 biji telur ( Putih && kuning ) 
Lapisan Kek ( C )
  • 1 sudu teh baking powder
  • 140 gm tepung gandum *Ayak bersama baking powder*
  • 70 g gula kastor
  • 3 biji kuning telur
  • Pewarna makanan ( Ikut suka, banyak lagi cantik )
  • 135 ml air biasa
  • 45 ml minyak masak 
Meringue ( D )
  • 6 biji putih telur
  • 70 g gula kastor
  • 1 sudu teh krim of tartar

CARA-CARA
  • Sediakan bahan (A) then ketepikan. Biar sejuk && mengeras. Nanti akan dengar bunyi crack :)
  • Campur semua bahan (B) && kacau perlahan. Jangan sampai berbuih okay?
  • Tapis bahan (B) dalam loyang gula hangus (A) tadi && ketepikan.
  • Pukul bahan (C) && ketepikan.
  • Pukul bahan (D) sampai jadi kembang && bila kita angkat dia x jatuh (meringue). Memang agak lama kena tunggu. Siapa yang pernah buat pavlova mesti tau :)
  • Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul guna senduk. Tak perlu gaul over sangat. Cukup sekadar nak sebatikan kedua-dua adunan.
  • Bahagikan kepada beberapa bahagian && warnakan guna pewarna makanan
  • Masukkan ke dalam loyang yang ada gula hangus && keremel tadi (A + B). Better start dari tengah. Sebab kek akan terapung dan susah nak ratakan nanti.
  • Bakar secara double boiling - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C (guna api bawah dahulu selama 40 minit, then guna api atas + bawah selama 30 minit) *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja, (bergantung kpd oven masing-masing jugak)*
  • Jika tak pasti keremel dah masak ke belum boleh tambah lagi masa membakar lebih kurang 10 minit, 
  • Bila kek dah masak, biarkan sejuk dalam 30 minit sebelum terbalikkan kek ( supaya puding caramel berada di atas )
  • Masukkan dalam peti sejuk. Lebih sedap selepas semalaman. 
  • Dah boleh makan. Yummayhh
Selamat mencuba :) 

No comments: