Hidup Baharu.

Jadi sekarang aku dengan kehidupan baharu
Agak susah nak hadapi ; tak tahu masa hadapan
Pandang cerita lama ; buat pengajaran
Kadang-kadang terasa hidup memang dah tak berguna
Tapi jangan kau sia-siakan hari ini
Kerana masih ada hari esok

Buka buku kehidupan baharu.

Kenal lagi?

Assalamualaikum & Hye reader(s)

Long time no see huh? Ecehhh macam ada orang kisah pulak kan. Haha dah lama gila tak hapdet blog nie. Almost 3months jugak aku rasa. And now I'm backkkk!! *krikkk krikkkk* K tadak orang kisah. HAHA pity me. Lantak laaa kisah ke tak. Nak cerita jugak.

Btw, selama aku menyepi ni ekceli aku tak sempat *lah sangat* nak update blog nie haaa. Ditambah pulak dengan kemalasan tahap 7 petala langit, memang tak lahh aku nak update kannn. Dan aku tak lahh menghilangkan diri. Cuma busy sikit kot. Yelahhh sejak bergelar mahasiswi ni kennnn. Hikhikhik *gelak tutup mulut* lagipun aku tak bawak laptop ke U. So hampa nak aku hapdet kot celah mana? Habaq maiiiiii -.-

Okay setelah 2 page aku membebel *hyperbola*, jom jom straight to the point :) Semalam aku ada try resepi baru. Tetiba jaa rajin kan. Err sebenaqnya aku bosan -.- Resepi yang aku try semalam : Caramel Rainbow Cake, Melty Hershey . Boleh click jea dekat link tu kalau nak usya resepi kot kot laa teringin nak try kann. Tapi gambar tak ada. Sebab aku buat time tengah pagi buta. So tak ada mood nak snap snap. Okay byeee :)

Resepi Melty Hershey

Assalamualaikum & Hye reader(s)

Okay sekarang nak kongsi resepi melty hershey pulak. Tak larat nak membebel, straight to the point :)

BAHAN-BAHAN

Bahan A
  • 250 ml UHT whipping krim
  • 250 g cream cheese
  • 200 ml susu pekat manis ( boleh kurangkan )
Bahan B
  • Syrup coklat ( nak guna perisa lain pun boleh. Ikut selera masing-masing )
  • Biskut marie/biskut oreo ( saya guna biskut marie )
  • Bahan Hiasan
  • Mozzarella cheese(disagat/parut), M&M's chocolate, buah strawberry, && hiasan lain ( Ikut kreativiti masing-masing )

CARA-CARA

  • Satukan semua Bahan A, pukul sehingga pekat dan tidak berketul
Cara Melapis
  • Buat satu lapisan adunan Bahan A pada dasar bekas ( bekas ikut suka )
  • Rendam biskut marie dalam air masak / air susu sebelum susun di atas lapisan cheese tadi ( sekejap sahaja, cukup sekadar melembutkan biskut )
  • Picit syrup coklat dan ratakan
  • Tutup dengan lapisan adunan Bahan A
  • Ulang step 2 sehingga adunan Bahan A habis * pastikan adunan Bahan A berada di lapisan paling atas*
  • Tabur bahan hiasan mengikut kreativiti anda
  • Masukkan dalam peti sejuk selama beberapa jam sebelum dihidang :)

Okay done. Selamat mencuba , Selamat makan :)


Resepi Caramel Rainbow Cake

Assalamualaikum & Hye reader(s)

Entri kali nie nak share pasal resepi caramel rainbow cake. Alaaa kek yang dekat atas dia ada caramel tuuu. Tau? Hahaha kalau tak tau jugak, tolong pergi tanya Ecik Google sekarang. Okay lets get started :)

BAHAN-BAHAN

Gula Hangus ( A )
  • 2 sudu besar gula ( Bergantung pada size loyang ) *Tabur atas loyang && masak atas api perlahan sampai gula bertukar keperangan. Jangan lama sangat, nanti pahit. Then, ratakan di seluruh permukaan loyang. Biarkan sejuk*
Puding ( B )
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3 biji kuning telur
  • 2 biji telur ( Putih && kuning ) 
Lapisan Kek ( C )
  • 1 sudu teh baking powder
  • 140 gm tepung gandum *Ayak bersama baking powder*
  • 70 g gula kastor
  • 3 biji kuning telur
  • Pewarna makanan ( Ikut suka, banyak lagi cantik )
  • 135 ml air biasa
  • 45 ml minyak masak 
Meringue ( D )
  • 6 biji putih telur
  • 70 g gula kastor
  • 1 sudu teh krim of tartar

CARA-CARA
  • Sediakan bahan (A) then ketepikan. Biar sejuk && mengeras. Nanti akan dengar bunyi crack :)
  • Campur semua bahan (B) && kacau perlahan. Jangan sampai berbuih okay?
  • Tapis bahan (B) dalam loyang gula hangus (A) tadi && ketepikan.
  • Pukul bahan (C) && ketepikan.
  • Pukul bahan (D) sampai jadi kembang && bila kita angkat dia x jatuh (meringue). Memang agak lama kena tunggu. Siapa yang pernah buat pavlova mesti tau :)
  • Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul guna senduk. Tak perlu gaul over sangat. Cukup sekadar nak sebatikan kedua-dua adunan.
  • Bahagikan kepada beberapa bahagian && warnakan guna pewarna makanan
  • Masukkan ke dalam loyang yang ada gula hangus && keremel tadi (A + B). Better start dari tengah. Sebab kek akan terapung dan susah nak ratakan nanti.
  • Bakar secara double boiling - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C (guna api bawah dahulu selama 40 minit, then guna api atas + bawah selama 30 minit) *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja, (bergantung kpd oven masing-masing jugak)*
  • Jika tak pasti keremel dah masak ke belum boleh tambah lagi masa membakar lebih kurang 10 minit, 
  • Bila kek dah masak, biarkan sejuk dalam 30 minit sebelum terbalikkan kek ( supaya puding caramel berada di atas )
  • Masukkan dalam peti sejuk. Lebih sedap selepas semalaman. 
  • Dah boleh makan. Yummayhh
Selamat mencuba :)