Hidup Baharu.

Jadi sekarang aku dengan kehidupan baharu
Agak susah nak hadapi ; tak tahu masa hadapan
Pandang cerita lama ; buat pengajaran
Kadang-kadang terasa hidup memang dah tak berguna
Tapi jangan kau sia-siakan hari ini
Kerana masih ada hari esok

Buka buku kehidupan baharu.

Kenal lagi?

Assalamualaikum & Hye reader(s)

Long time no see huh? Ecehhh macam ada orang kisah pulak kan. Haha dah lama gila tak hapdet blog nie. Almost 3months jugak aku rasa. And now I'm backkkk!! *krikkk krikkkk* K tadak orang kisah. HAHA pity me. Lantak laaa kisah ke tak. Nak cerita jugak.

Btw, selama aku menyepi ni ekceli aku tak sempat *lah sangat* nak update blog nie haaa. Ditambah pulak dengan kemalasan tahap 7 petala langit, memang tak lahh aku nak update kannn. Dan aku tak lahh menghilangkan diri. Cuma busy sikit kot. Yelahhh sejak bergelar mahasiswi ni kennnn. Hikhikhik *gelak tutup mulut* lagipun aku tak bawak laptop ke U. So hampa nak aku hapdet kot celah mana? Habaq maiiiiii -.-

Okay setelah 2 page aku membebel *hyperbola*, jom jom straight to the point :) Semalam aku ada try resepi baru. Tetiba jaa rajin kan. Err sebenaqnya aku bosan -.- Resepi yang aku try semalam : Caramel Rainbow Cake, Melty Hershey . Boleh click jea dekat link tu kalau nak usya resepi kot kot laa teringin nak try kann. Tapi gambar tak ada. Sebab aku buat time tengah pagi buta. So tak ada mood nak snap snap. Okay byeee :)

Resepi Melty Hershey

Assalamualaikum & Hye reader(s)

Okay sekarang nak kongsi resepi melty hershey pulak. Tak larat nak membebel, straight to the point :)

BAHAN-BAHAN

Bahan A
  • 250 ml UHT whipping krim
  • 250 g cream cheese
  • 200 ml susu pekat manis ( boleh kurangkan )
Bahan B
  • Syrup coklat ( nak guna perisa lain pun boleh. Ikut selera masing-masing )
  • Biskut marie/biskut oreo ( saya guna biskut marie )
  • Bahan Hiasan
  • Mozzarella cheese(disagat/parut), M&M's chocolate, buah strawberry, && hiasan lain ( Ikut kreativiti masing-masing )

CARA-CARA

  • Satukan semua Bahan A, pukul sehingga pekat dan tidak berketul
Cara Melapis
  • Buat satu lapisan adunan Bahan A pada dasar bekas ( bekas ikut suka )
  • Rendam biskut marie dalam air masak / air susu sebelum susun di atas lapisan cheese tadi ( sekejap sahaja, cukup sekadar melembutkan biskut )
  • Picit syrup coklat dan ratakan
  • Tutup dengan lapisan adunan Bahan A
  • Ulang step 2 sehingga adunan Bahan A habis * pastikan adunan Bahan A berada di lapisan paling atas*
  • Tabur bahan hiasan mengikut kreativiti anda
  • Masukkan dalam peti sejuk selama beberapa jam sebelum dihidang :)

Okay done. Selamat mencuba , Selamat makan :)


Resepi Caramel Rainbow Cake

Assalamualaikum & Hye reader(s)

Entri kali nie nak share pasal resepi caramel rainbow cake. Alaaa kek yang dekat atas dia ada caramel tuuu. Tau? Hahaha kalau tak tau jugak, tolong pergi tanya Ecik Google sekarang. Okay lets get started :)

BAHAN-BAHAN

Gula Hangus ( A )
  • 2 sudu besar gula ( Bergantung pada size loyang ) *Tabur atas loyang && masak atas api perlahan sampai gula bertukar keperangan. Jangan lama sangat, nanti pahit. Then, ratakan di seluruh permukaan loyang. Biarkan sejuk*
Puding ( B )
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3 biji kuning telur
  • 2 biji telur ( Putih && kuning ) 
Lapisan Kek ( C )
  • 1 sudu teh baking powder
  • 140 gm tepung gandum *Ayak bersama baking powder*
  • 70 g gula kastor
  • 3 biji kuning telur
  • Pewarna makanan ( Ikut suka, banyak lagi cantik )
  • 135 ml air biasa
  • 45 ml minyak masak 
Meringue ( D )
  • 6 biji putih telur
  • 70 g gula kastor
  • 1 sudu teh krim of tartar

CARA-CARA
  • Sediakan bahan (A) then ketepikan. Biar sejuk && mengeras. Nanti akan dengar bunyi crack :)
  • Campur semua bahan (B) && kacau perlahan. Jangan sampai berbuih okay?
  • Tapis bahan (B) dalam loyang gula hangus (A) tadi && ketepikan.
  • Pukul bahan (C) && ketepikan.
  • Pukul bahan (D) sampai jadi kembang && bila kita angkat dia x jatuh (meringue). Memang agak lama kena tunggu. Siapa yang pernah buat pavlova mesti tau :)
  • Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul guna senduk. Tak perlu gaul over sangat. Cukup sekadar nak sebatikan kedua-dua adunan.
  • Bahagikan kepada beberapa bahagian && warnakan guna pewarna makanan
  • Masukkan ke dalam loyang yang ada gula hangus && keremel tadi (A + B). Better start dari tengah. Sebab kek akan terapung dan susah nak ratakan nanti.
  • Bakar secara double boiling - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C (guna api bawah dahulu selama 40 minit, then guna api atas + bawah selama 30 minit) *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja, (bergantung kpd oven masing-masing jugak)*
  • Jika tak pasti keremel dah masak ke belum boleh tambah lagi masa membakar lebih kurang 10 minit, 
  • Bila kek dah masak, biarkan sejuk dalam 30 minit sebelum terbalikkan kek ( supaya puding caramel berada di atas )
  • Masukkan dalam peti sejuk. Lebih sedap selepas semalaman. 
  • Dah boleh makan. Yummayhh
Selamat mencuba :) 

Sakit

Sakit, perit.
Itu apa yang aku rasa.
Sesiapa yang pernah rasa saja mampu faham perasaan aku sekarang.
Sebab tak semua pernah rasa apa yang aku rasa.
Mungkin ini takdir hidup aku.
Aku terima, aku redha.
Terima kasih Allah berikan aku kekuatan.
Walaupun rasa sakit tu tetap ada.
Syukur Alahamdulillah

Belajar

Hyda, mulai sekarang awak perlu belajar.
Yaa belajar.
Belajar berhenti mencari peluang.
Memang kebiasaannya peluang perlu dicari.
Tapi kali ni, awak mesti dan perlu berhenti mencari peluang tu.
PERLU
Kalau taknak menyesal

Okay I will :')

Resepi Oreo Cheese Cake

Assalamualaikum & Hye reader(s)

Ehemmm, ini kali aku nak share resepi Oreo Cheese Cake. Ekceli dah seminggu aku buat tapi baru harini nak share :P Biasalahhh aku kan wanita berkerjaya sekarang nie. Okay okay, membebel pulak -.- Lets get started 

BAHAN-BAHAN :
  • 250g cream cheese
  • Secawan yogurt
  • 4 sudu tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan gula
  • 2 sudu butter ( bersesuaian dengan jumlah oreo )
  • 2 cawan oreo yg dihancurkan *buang cream yang kat tengah* ( Lebih pun boleh. Ikut citarasa sendiri )
CARA-CARA :
  • Cairkan butter. Gaul dengan oreo dan masukkan dalam loyang yang telah di-gris dengan butter. Tekan-tekan sampai padat dan simpan dalam peti ais 10-15min
  • Sementara itu, masukkan semua bahan dalam blender. Blend sampai jadi cream.
  • Tuang adunan dalam loyang yang ada oreo tadi.
  • Bakar pada suhu 170'C selama 40 minit @ sehingga masak.
Dahhhhh siap! Hihi tapi yang aku buat nie, bukan dalam loyang tauuu tapi papercup. Satu adunan boleh dapat 15 cup. Untuk size yang aku guna lahh. Ukuran dia berapa, aku dah lupa -.- Ampun maaf dipinta. Selamat Mencuba ! :) Assalamualaikum

*baking*
baru keluar dari oven :)

dahh siap dengan decoration sikit ♥
*tabur oreo hancur*

Work :)

Assalamualaikum & Hye reader(s)

Ehemmmmm testing testingg *test microphone* Anybody home? *krikk krikkk bunyi cengkerik* K tak ada orang jawab -.- Aaa macam nie. Ekceli aku nak beritahu *errr bagitau* hampa semua yang aku dah start kerjaaaaaaaaaaaaaa pada 6May2013. Maksudnya aku hanya bergelar penganggur selama 6hari. Hoyeahhhhh :P Namun begitu! HAHA tudiaaaa ayat. Hmmm aku baru kerja 2hari. So far, kerja semua okay. Kawan-kawan pun okay. Tak lahh kawan sangat. Sebab ramai budak-budak lepasan SPM. Aku nie boleh dianggap sebagai 'KAKAK' k -.- *terasa tua sangat dengan umur 19 nie* Dan memandangkan esok kerja start lewat, aku gunakan malam ni untuk berjimbaaa. Choiiii kau berjimba kat kelab malam *gaya Johan* Aku mampu berjimba dekat rumah jaa. Berjimba aku tu maksudnya online like a boss, and tidur lewat sikit. Tapi tak lewat sangat kot sebab letih teruk dah niee -.-

Okay mehh sini mehhh nak cerita sikit. Aku boleh pi cari kerja pun sebab ibu aku laa ajak. Masa beliau OTW balik rumah, beliau call aku :

le Conversation :
*Phone vibrates* *Me answers*

Me : Hello Assalamualaikum. Awat ibu?
Ibu : Waalaikumsalam. Jom pi cari keja. Ibu bawak. Ibu dah OTW balik nie. Nak pi dakk?
Me : Ehh awal pulak ibu balik harini? awat awal sangat? *tanya jaa lebih. Soalan xjawab pun -.-*
Ibu : Aaaaa ibu balik awal harini. Nakpi tak? Jom laa ibu teman. Pi bersiap cepat. Ibu nak sampai rumah dah nie. Satgi ibu tunggu dalam kereta jaa k?
Me : Okay okay. *bersiap as fast as lightning*

Then lepas bersiap, terus pergi apply kerja. And fortunately dapat kerja yang di'apply' tu. Siap suruh aku masuk awal lagi -.- Padahal Kak Ana (supervisor) tanya, bila nak masuk kerja? Then bila cakap nak masuk lewat sikit sebab ada hal, Kak Ana jawab macam nie :" Masuk esok boleh tak? Then nanti kalau tarikh yang ada hal tu, kami arrange bagi awak cuti time tu" Then, aku on jelah kannn. HAHA atleast dapat jugekkk fuluss $_$ Tudiaaaa nampak dakkk mata duitan? Mata duitan kalau gila duit sendiri xpa, jangan dok gila duit orang dah laa. Kan kannnnnnnnn? Hmm lagi satu sebab aku semangat nak kumpul duit sebab dok aim Galaxy S4. Hoho tapi aku aim jelah. Kalau aku rasa besar sangat, aku beli yang lain kot. KOT jea :P And part paling penting, aku nak bagi duit kat parents aku. Then gaji yang third aku plan nak belanja kawan-kawan. Huhu InsyaAllah. Tu plan aku. Tapi Allah yang akan tentukan plan aku tu berjaya atau tak. Just pray for me kay? Doakan hari-hari aku sebagai seorang staff Happy Home Kulim berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Amiin :) That's all. Thanks for reading. Assalamualaikum :)


Perhaps a great deed is belittled by an intention. And perhaps a small deed, by sincere intention, is made great

TamatPengajian :)

Assalamualaikum & Hye reader(s)

Ehemm hemmmm, ingat aku lagi takk? *bajet famous* Haha lantak lahh ingat ke tak. Apa-apa pun, selamat datang lah yea ke blog aku yang tak seberapa nie. Acctly baru jea lepas edit. 2hari kot aku kodek-kodek coding blog nie -.- Sentap tahap max sebab tengok coding yang baru tu. Err tapi, xdak lahh terkejut sampai tahap nak bunuh diri kan. Haha sebab dah terbiasa main coding nie. Masa kat matrik dulu ada belajar jugak sikit-sikit. Ehemmmm *flip tudung* haishhh hyda, jangan riak! hehe k k sambungg.

Memandangkan umur aku baru nak mencecah 19 tahun, aku tak akan bersembang pasal politik k. HAHA tak berapa minat jugak sebenarnya. Ditambah dengan umur yang tak cukup nie, apa hak aku nak bersembang pasal politik kan? Like i always said, "Umur xcukup, xpayah nak sembang kencang sangatlahh pasal politik". Itu apa yang aku cakap. Tapi orang lain mesti ada pandangan yang berbeza, kan? :) So, dengan umur yang xberapa nak cukup nie, aku hanya mampu update pasal pengalaman aku ketika mengundi. Ehh ehhhhh, silap pulak. Hihi seperti title di atas, Tamat Pengajian :P

Sebenarnya dah hampir seminggu aku tamat pengajian. Cewahhh macam skema jea ayat aku kan -.- Lantak lahh. Yang penting faham sudah kennn. Okay sambung. Aku officially bergelar bekas pelajar Matrikulasi Program Satu Tahun (PST) pada 30April2013. Bukan aku sorang jea tau. tapi semua student matrik dari seluruh dunia. Haha tapi student Modul III habis awal sehari. Tak kisah lahh. Yang penting dah habis. Kannnnnnnnnn :D

Macam-macam aku dapat kat matrik nie dan semuanya mengajar aku macam mana nak hidup dekat matrik nie. Dalam hal nie, mestilah kawan-kawan yang banyak bantu. Bantu dari semua aspek, support aku dari belakang and yang cuba menjatuhkan aku pun ada :) Tapi, aku dah biasa dengan semua tu. Hidup sebagai pelajar asrama selama 5tahun cukup untuk ajar aku survive kat matrik. Its okay, selagi aku mampu tahan, aku tahan jelah kan. Hmmm the most precious  thing yang aku dapat dekat matrik tu, FRIENDSHIP :) Yang lain? HAHA xdak kot. okayyy cukup sampai sini. Nanti lain hari aku update lagi k *bajet orang baca blog aku* hewhewhew :3 Okay byeeeeeee. Assalamualaikum 


LIVE every moment, LOVE every day. 'Cause before you know it, precious time slips away

Ke Kenduri

 Assalamualaikum & Hye uolls :)

ehh ehh , blog ni sudah busuk dan berhabuk dan berdebu dan bersawang nampaknyaa . yelahhh , dah hampir setahun ditinggalkan , tidak dimandi dan dikemas *tipuuu* . sabar seminit okay . let me settle this . fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh *tiup bau busuk , habuk serta sawang like a boss* ehemmmmm . kan dah comeyy omey dahhh :) okayy lets get started . acenii , bukan sengaja nak biarkan blog ni . ada jugak rasa rindu *jujur* tapi nak buat macam mana . mungkin busy kot . yelahh . dengan exam lagi kann . so di kesempatan cuti seminggu lebih ni , tetiba rasa rajin sikit nak update . hehe even tinggal lagi berapa jam jaa nak balik kolej dahh *tepis airmata :')* btw , aku cuti start 31January sampai 11February k . and 11February tuu harini aaaa $#!^ >.< okayy , tamat sudah muqaddimah aku yang panjang lebar ni *senyum ikhlas*

okayy sambung ! sekarang ni musim cuti sempena CNY kannn . so mesti ada kenduri kannn . aa salah satu kenduri tu , kenduri sepupu aku . hihi memandangkan sepupu yang nak kahwin ni the first , mesti laa eksaited dia terlebih kann semua orang . so sehari sebelum kenduri pun family aku dah pergi tolong-tolong apa yang patut . tapi xdak apa yang berat sangat sebab catering dah settlekan banyak benda . yelahh , dunia dah maju kan . semalam , kenduri sebelah pengantin perempuan and harini sebelah pengantin lelaki . sekarang , jom pakat lawan scroll k . let the pics speak :)


. a day before .
ini dengan angah aku . haha xdak kerja kann :P

. hari ini .
sementara tunggu marhaban start :)

time ni tengah marhaban .
ehh , tak start lagi kot . beberapa minit sebelum start :P
. di dewan .
this little hotchick nama dia Aimi . 

ini abang macho nama dia Muhaimin .
mula-2 kemain susah lagi dia nak senyum .
tapi bila dapat kat aku , hahhh comel jaa dia senyum :)

ada lagi yang tak cukup ni .
ramaaii lagi >.<

again .
with ngangahhh :D

The Three Sisters ♥
hihi macam mana pun mesti ada jugakk 

bersama makcik-makcik .
sembang apa tahh .
aku sembang dengan angah jaa XD

The Three Sisters w/ Abang Macho .
see kan dah cakap dia ni payah senyum .
tapi stay cute macam aku #ehh :P

ahaaa , ni lahh parents Abang macho tadi .
makcik n pakcik

Makngah Ani w/ angah ngangahhh :)

le big family .
mana ramai punn kan -.-

akhirnyaaaa setelah penat menunggu .
pengantin baru sampai .

#2

#3

#4

#5


le Family .
tak cukup lagi 2 family .
sudah pulangg


spot the difference .
haha cari cari :)

. nak jugak menyibuk .
thats all for today's lesson . thanx uolls . take care , Assalamualaikum :)

CeritaKurunKe-8


Assalamualaikum & Hye reader(s)

heyy everybody , hye hello :D miss me ? ahaha i know uolls miss me . iolls miss uolls too , ammuahh :* okayy dahh sikit-sikit . setelah aku belek-belek kalendar tadi , baru aku sedar dah lebih seminggu aku tak update kan . so , memandangkan aku tengah free sekarang ni tetiba rasa rajin nak update blog . masih ada satu cerita yang aku simpan sejak sem 1 lagi . tapi tak sempat nak update . bukan apa , gambar semua ada dalam lappy lain , and aku selalu online guna lappy lagi satu -.- sebab tu yang jadi tak sempat SANGAT tu kennn :)

so , lets get started . aku nak bercerita pasal classmate aku waktu sem 1 . class praktikum aku , S2K2P1 . bahagi kepada dua group tutorial , A dan B . untuk group tutorial A , ada 2 gegirls dan 8 boboys . including me kayhhhh . hihi and tutorial B pulak , 6 gegirls and 5 boboys . masa hujung sem 1 , ada lahh sikit aktiviti yang kami buat . FIRST , jamuan perpisahan dengan Puan Arinawati . SECOND , MUET test . 

FIRST , Jamuan Perpisahan . jamuan malam tu , ada geng-geng praktikum aku , mentee Puan Arina , and class tutorial Puan Arina yang lagi satu budak-2 modul 3 . tak rasa kekok sangat sebab mentee Puan Arina satu kuliah dengan aku jea . so rasa macam ramai geng lahh kan . hihi okayy ini gambar malam tu . sorry gambar tak elok pun . biasalahhh xguna camera mahal punn *sorry owner aku kutuk camera hampa :P hihi *

nampak dakkkk sempat lagi pose -.-
Solat Jemaah  :)
then , makannnn
dah nama pun jamuan , kan ? 

mentang ahhh time tu musim bola ,
see semua nak makan depan tv -.-
dah laa air bantai sampai 2gelas sorang . hahaha

haihlaaa heksaited betul kanak-kanak riang ni bila orang nak snap gambar

S2K2P1 the best :)
miss uolls ♥

S2K2T1A
cerr cari yang mana satu Puan Arina ? ;)

S2K2P6
tak ingat tutorial A or B -.- 
NEXT ! aktiviti lepas MUET test pulakk :) macam biasa , mesti lahh nak snap gambar . hihi :P so , kami geng-geng gegirls S2K2P1 gather and spent our last time together in Sem 1 .

Mini and Gadis KacaMata :)

Scha and Arlyna :)

Zafirah and Hyda :)

ada lagi yang stil tak habis MUET Speaking test .
yang aku ayu terlebih kenapa -.-

You are the most beautiful flower ,

in my garden of friendship ,
remain the same forever :)

if you're alone , i'll be your shadow

if you wanna cry , i'll be you shoulder

if you wanna hug , i'll be your pillow

if you need to be happy , i'll be your smile

but if anytime you need a friend ,
i'll be just ME :')

yeahhhh makan time !!
boleh nampak kot muka lapar 

yang nii memang tak boleh angkat kepala dahh .
lapar punya pasal kannn

Original duckface from me .
BHAHAHA XD

Before and After
kan aku dah cakap memang semua tengah lapar :P
even masa yang kami semua luangkan haritu tak lahh lama sangat , tak sampai sehari pun . tapi , semua memories insyaAllah akan sentiasa kekal dalam ingatan aku . thanx uolls dah jadi superduper great friends selama satu sem bersama . love you all :*

okayyy dah kot sampai sini . perut dah lapar . take care semua . assalamualaikum :)

A cheerful friend is like a sunny day spreading brightness all around ♥