Resepi Pavlova

Assalamualaikum & Hye reader(s)

entri kali ni , aku nak share resipi Pavlova . apa benda pavlova ni ? err , xtau nak cakap -..- haha tapi yang penting , sedap dap dap . kat luar rangup , kat tengah lembut . kalau nak tau lebih mendalam amende Pavlova tuhhh , google lahh sendiri ye . tak larat laa nak hurai panjang-2 :P 

okayy , muqaddimah sikit . aku pun mula-2 xtau Pavlova ni apa benda kan . tapi akak aku laa yg kenalkan . so , memandangkan dia balik cuti , kami pun buat lahhhhh sama-2 . sekarang , mau share recipe . kalau nak try , boleh laa try . kalau xnak pun bolehh :P

BAHAN-BAHAN

MERINGUE
  • 4 biji telur ( putih telur sahaja ) 
  • 1 cawan gula castor [ gula halus ] <-- kurangkan kalau xsuka maniss
  • 1/2 sudu teh esen vanilla [ aku guna 1sudu besar . BHAHA :D ]
  • 1 sudu teh cuka
  • 1/2 sudu besar tepung jagung
TOPPING ( aku guna whipping cream yang sembur terus tu jea )
  • 1 cawan ( 240 ml ) whipping cream
  • 1 1/2 sudu besar gula halus
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • buah ( kalau boleh yang masam )
CARA-CARA
  • Pukul putih telur ( kelajuan perlahan ) sampai jadi soft peak . <-- pastikan bekas yang digunakan betul betul betul kering tauuuuuuuu .
  • masukkan gula sikit-sikit ( kelajuan laju ) sampai jadi putih berkilat .
  • cek gula dalam meringue dah betul-betul larut ke tak guna jari . kalau ada rasa kasar , pukul lagi sampai gula dah larut semua .
  • masukkan esen vanilla , tepung jagung , dan cuka . pukul lagii sampai sebati
  • alas kertas minyak dalam loyang , dan tuang meringue ( nak buat dalam paper cup pun boleh )
BAKAR
  • Panaskan oven ( 150'C , 10 minit )
  • Masukkan meringue selama 10 minit , kemudian turunkan suhu ke 140'C dan sambung bakar selama satu jam .
  • Selepas meringue dah masak , buka pintu oven dan tunggu hingga sejuk baru keluarkan dari oven .
HIAS
  • Pukul whipping cream sampai kental .
  • Masukkan gula dan esen vanilla .
  • Tuangkan ke atas meringue yang dah siap dibakar .
  • Susun buah-buahan .
dahhhh siap . untuk peringatan , pavlova ni maniss sangat tauu . kalau yang tak suka manis tu , silalahh kurangkan gula . dan untuk hiasan , aku guna whipping cream yang dah siap tu jea . tak pukul dengan gula dahh . dan untuk buah , kalau boleh guna buah yang masam tau . sebab nak stabilkan dengan rasa pavlova yang manis . lastt , whipping cream tu letak masa pavlova dah betul-betul sejuk . tak pun , masa nak makan baru letak tauu . okayy , dahhh . sekarang usha gambar pulak tauuuuu :)

soft peak
* dia jadi macam paruh sikit bila angkat pemukul *

nampak tak ? putih berkilat .

acewahhh , nak jugak share kan :)
habisssss . selamat mencuba :)

No comments: