5 kekurangan perempuan perlu dibaiki


Assalamualaikum & Hye readers

hurmm harini aku rasa semangant sikit nak update . sambil fikir-2 cari idea , mata aku tertumpu dekat shoutbox tu . HAHA macam tak puas hati je kan bunyi nye pasal entry aku yang sebelum ni , entry yang ini . okay , harini aku nak buat entry pasal 5 kekurangan perempuan perlu dibaiki pulak ye :D mesti ada sebab kenapa lelaki-2 ni bersikap macam tu kan ? haa hidup kita ni mesti laa kena ada pro dan kontra nya . kan ? 

1. Terlalu menguji
haa ini sikap sesetengah perempuan yang suka menguji kekasih mereka . dan isu duit sangat dititikberatkan . ye lahh , zaman sekarang ni kan nak buat apa-2 pun perlukan duit . so , setiap kali keluar sama-2 mesti ada jela benda yang nak dibeli kan . tapi , perlu lahh berpada-2 kan . ingat , yang tu bukan suami korg pun . jangan sampai digelar pisau cukur ye !

2. Terlalu control
err , yang ni ada kat lelaki jugak kot =.=' tapi , aku rasa lebih jugak kepada perempuan . sebab perempuan ni kan berhati lembut sikit . so , syakwasangka tu senang datang dalam diri dorg . bagi aku lahh kan , tak perlu nya control-2 sangat ni kan . sifat saling mempercayai tu perlu ada ! nt kalau dah control sangat , pasangan korg tu lebih banyak luangkan masa dengan kawan-2 sampai lupa tarikh penting yang korg ingat sangat tu , haa baru tau ! perlu lah ingatkan selalu

3. Cepat melenting
yang ni aku setuju ! aku pelik betul laa . kebanyakan perempuan ni kan , payah sangat nak terima teguran atau kritikan tau . pantang ditegur n kena kritik sikit . mula lahh nak melenting tak tentu pasal . ini lah penyebab muncul nya golongan yang depan cakap lain , belakang cakap lain . jadi , kita perlu lah ubah sikit perangai dan belajar terima pendapat orang lain , okay ? 

4. Perasan
ini pun sama dengan sikap yang ada pada lelaki sebenarnya . ye lahh , manusia mudah lupa . pantang diberi kelebihan sikit , mulalah nak show off dan rendahkan orang lain . tak baik tau macam tu . kecantikan rupa paras wanita ni , pada pandangan aku yang tu hanyalah satu aset . yang paling penting hati budi tuuu . hati mau baik ye kak !

5. Suka pasang scandal
disebabkan lelaki dianggap buaya darat dan tak boleh dipercayai , ramai aweks-2 yang suka pasang scandal . mungkin untuk jadikan sparepart agaknya . yelahh , dah hilang satu nanti ada lahh penggantinya . yang patah tumbuh yang hilang berganti lahh katakan :D aku tak galakkan benda ni sebab , nanti kalau dah kantoi , diri sendiri jugak yang merana ! padan muka 

haa cukup lahh 5 . mane boleh lebih-2 . nanti tak fair pulak kan . ape-2 pun , fikir-2 lah ye sikap-2 kat atas ni ade kat dalam diri korg ke tak . yang mana boleh baiki , baiki lahh . manusia kat atas muka bumi ni tidak lah sempurna . semuanya ada kekurangan . so , renung-2kan dan selamat beramal ! :D *mengarut je aku =__= ehh sebelum tu ! terima kasih kepada Taib yang dah bagi cadangan kat aku kan . jom ke blog beliau : click sini

If you change nothing , nothing will change

No comments: