5 kekurangan perempuan perlu dibaiki


Assalamualaikum & Hye readers

hurmm harini aku rasa semangant sikit nak update . sambil fikir-2 cari idea , mata aku tertumpu dekat shoutbox tu . HAHA macam tak puas hati je kan bunyi nye pasal entry aku yang sebelum ni , entry yang ini . okay , harini aku nak buat entry pasal 5 kekurangan perempuan perlu dibaiki pulak ye :D mesti ada sebab kenapa lelaki-2 ni bersikap macam tu kan ? haa hidup kita ni mesti laa kena ada pro dan kontra nya . kan ? 

1. Terlalu menguji
haa ini sikap sesetengah perempuan yang suka menguji kekasih mereka . dan isu duit sangat dititikberatkan . ye lahh , zaman sekarang ni kan nak buat apa-2 pun perlukan duit . so , setiap kali keluar sama-2 mesti ada jela benda yang nak dibeli kan . tapi , perlu lahh berpada-2 kan . ingat , yang tu bukan suami korg pun . jangan sampai digelar pisau cukur ye !

2. Terlalu control
err , yang ni ada kat lelaki jugak kot =.=' tapi , aku rasa lebih jugak kepada perempuan . sebab perempuan ni kan berhati lembut sikit . so , syakwasangka tu senang datang dalam diri dorg . bagi aku lahh kan , tak perlu nya control-2 sangat ni kan . sifat saling mempercayai tu perlu ada ! nt kalau dah control sangat , pasangan korg tu lebih banyak luangkan masa dengan kawan-2 sampai lupa tarikh penting yang korg ingat sangat tu , haa baru tau ! perlu lah ingatkan selalu

3. Cepat melenting
yang ni aku setuju ! aku pelik betul laa . kebanyakan perempuan ni kan , payah sangat nak terima teguran atau kritikan tau . pantang ditegur n kena kritik sikit . mula lahh nak melenting tak tentu pasal . ini lah penyebab muncul nya golongan yang depan cakap lain , belakang cakap lain . jadi , kita perlu lah ubah sikit perangai dan belajar terima pendapat orang lain , okay ? 

4. Perasan
ini pun sama dengan sikap yang ada pada lelaki sebenarnya . ye lahh , manusia mudah lupa . pantang diberi kelebihan sikit , mulalah nak show off dan rendahkan orang lain . tak baik tau macam tu . kecantikan rupa paras wanita ni , pada pandangan aku yang tu hanyalah satu aset . yang paling penting hati budi tuuu . hati mau baik ye kak !

5. Suka pasang scandal
disebabkan lelaki dianggap buaya darat dan tak boleh dipercayai , ramai aweks-2 yang suka pasang scandal . mungkin untuk jadikan sparepart agaknya . yelahh , dah hilang satu nanti ada lahh penggantinya . yang patah tumbuh yang hilang berganti lahh katakan :D aku tak galakkan benda ni sebab , nanti kalau dah kantoi , diri sendiri jugak yang merana ! padan muka 

haa cukup lahh 5 . mane boleh lebih-2 . nanti tak fair pulak kan . ape-2 pun , fikir-2 lah ye sikap-2 kat atas ni ade kat dalam diri korg ke tak . yang mana boleh baiki , baiki lahh . manusia kat atas muka bumi ni tidak lah sempurna . semuanya ada kekurangan . so , renung-2kan dan selamat beramal ! :D *mengarut je aku =__= ehh sebelum tu ! terima kasih kepada Taib yang dah bagi cadangan kat aku kan . jom ke blog beliau : click sini

If you change nothing , nothing will change

5 kekurangan lelaki perlu dibaiki


Assalamualaikum & Hye :D

apa khabar semua ? sihat ? *bajet macam ramai orang usha blog aku* hmm petang tadi kan . aku terbaca satu article ni kat majalah . article tu pasal 5 kekurangan lelaki yang perlu dibaiki . haa penting tau kepada lelaki-2 untuk tahu benda ni . sebab perempuan tak suka lelaki-2 yang ada ciri-2 macam ni kat dalam diri korang ! NO NO NO ! :D sape-2 yang nak ngorat tu , pastikan korg hindarkan 5 sikap kat bawah ni tau ! haa jomm , aku nak share .

1. Terlalu Kedekut
haaa ingat , jangan terlalu kedekut ! kalau setiap kali keluar tu , rajin-2 lahh nak keluarkan duit . belanja lahh sikit . alaa , setakat nak makan , tengok wayang tu . berapa lahh sangat kan . takkan lahh aweks yang nak kena belanja pulak ? jangan risau , perempuan ni dia ada hati jugak . kalau dia ada duit lebih tu , nt dia belanja lahh balik ! hehe :D

2. Tidak Gentleman
ho ho ho , ni memang aku sokong sangat-2 ! lelaki yang gentleman ni sangat dipandang tinggi oleh aku . hurmm , lelaki ni kan kadang-2 style tak ambil kisah sangat dengan benda yang jadi . tapi perempuan pulak , sangat ambil kisah dengan benda-2 yang lelaki anggap benda remeh ni . contoh macam , tarikh kapel , birthday , etc . so , korg kena lahh lebih peka dengan benda-2 macam ni supaya dapat laa korg tambat hati sape-2 nanti kan . jangan sellfish !

3. Hipokrit
selama aku hidup , lelaki yang aku kenal ramai ada perangai ni =.=' depan cakap lain , belakang cakap lain . depan puji , belakang kutuk . haihh , buanglahh perangai tu ye ! be yourself , dan try untuk tak sakitkan hati orang lain ye (:

4. Perasan
haiyy , yang ni paling xboleh blah =.=' certain lelaki ni kan . dorg rasa dah cukup handsome . lepas tu , buat conclusion sendiri yang dorg ni xlayak berkawan dengan orang yang tak cantik / tak setaraf tahap ke'handsome'an dengan dorg . apa punya perangai lahh ni . kita ni manusia biasa lahh . muka handsome tu , sekelip mata jea boleh hilang bang oii . so , baiki sikap !

5. Sikap buaya darat
amboii boii , kesian kat buaya . dia pulak yang jadi mangsa keadaan . mintak maaf ye incik buaya :D haa ini lagi satu sikap lelaki kan . suka sangat mainkan perempuan . sekali kena kat batang hidung sendiri tu , haa baru tau . or macam aku selalu cakap , baru ada akai !

haa selesai sudah laaa . dah cukup lima . hurmm , kalau nak ikut , macam banyak lagi . tapi yang ni memang lahh selalu sangat yang ada pada lelaki sahaja . so , sesiapa yang bercintan-cintun tu . try baiki diri okay ? hehe good luck ! :D

You can't have a better tomorrow if you're thinking about yesterday

Resepi Puding Caramel

pinjam gambar incik Google .

Assalamualaikum & Hye readers (:

*slurrrppp* hehe harini aku nak kongsi cara-2 nak buat puding caramel . masih fresh , sebab aku baru buat tadi . sebenarnya niat nak buat semalam . tapi malas pulak nak beli barang =__= so , harini kakak aku balik kerja , dia belikan barang-2 bagi complete semuaa . jomm , kita buat :D

BAHAN-BAHAN
  1. Loyang
  2. Periuk Pengukus


Puding :
  1. Telur - 5biji
  2. Susu Cair - 1 Tin  //  Susu Kotak - 1 1/2 Gelas
  3. Susu Pekat - 5 Sudu Besar ( lebih pun boleh )
  4. Esen Vanilla - 1 Sudu Besar
*untuk sukatan susu , sampai dekat line dalam bulatan hitam tu dikira satu gelas ye (:*

Caramel :
  1. Gula Putih - 5 Sudu Besar ( nak lebih pun boleh )
  2. Air - 4 Sudu besar

CARA-CARA

Puding :
  1. Pukul telur sampai kembang .
  2. Masukkan susu cair . Kacau hingga sebati .
  3. Masukkan susu pekat . Kacau hingga sebati
  4. Masukkan esen vanilla . Kacau hingga sebati


Caramel :
  1. Campurkan gula dengan air . Masak dengan api sederhana . *Jangan stop kacau tau ! takut nanti ada bahagian gula yang hangus *
  2. Kacau hingga warna gula tukar keperangan . Jangan tunggu lama-2 , takut nanti terlebih hangus , jadi pahit pulak (:
  3. Tutup api cepat-2 dan masukkan ke dalam loyang .

Kukus :
  1. Tuang bahan-2 campuran puding tadi ke dalam loyang berisi caramel .
  2. Masukkan loyang ke dalam periuk pengukus yang telah dipanaskan dengan api sederhana .
  3. Kukus selama 45minit .
  4. Cek puding dah masak ke belum . *cucuk dengan garfu , kalau tak ada kesan puding lekat , boleh dikira masak lahh tu *

Langkah akhir :
  1. Terbalikkan loyang tadi ke dalam bekas yang lain .
  2. Sejukkan sebentar pada suhu bilik .
  3. Masukkan dalam peti sejuk .
  4. Tunggu apa lagi ? makaaaannn :D
nyumnyum :D

hehe dahhh siap . boleh laa cuba buat nanti . err , taknak buat pun takpe . tak paksa pun . just nak share . hehe thankyou . boboiboy :D

the better person you become , the better person you will attract

broken family ,



Assalamualaikum & Hye (:

hidup dalam broken family bukan suatu yang mudah . yaa , memang aku tak pernah rasa . tapi , bila berkawan dengan kawan-2 yang hidup dalam broken family ni , aku seolah-2 rasa jugak apa yang kawan-2 aku rasa . melalui cerita-2 yang dikongsi . sedih .

benda yang buat aku bertambah sedih bila ada mulut-2 yang cakap tak guna otak . cakap ikut perasaan dan teori yang dibuat sendiri tanpa kajian yang betul-2 dijamin kebenarannya . menyalahkan broken family tu adalah penyebab seseorang tu hancur masa depan . yaa , aku mengaku . memang ada segelintir manusia yang hancur masa depan sebab broken family ni . parents bergaduh , anak-2 jadi mangsa . kasih sayang tak cukup banyak . and finally , depa-2 ni salah pilih kawan then jadi anak durhaka dan bermasalah .

hmm , berdasarkan pengalaman aku belajar lahh kan . ramai kawan-2 aku yang hidup dalam broken family ni . cikgu aku pun ada . ingat depa semua ni tak boleh berjaya ka ? semangat depa ni kuat sangat . tak senang nak give up . dan kebanyakan depa ni pandai-2 . dan cikgu aku tu . dulu , jadi pelajar cemerlang kat sekolah . bila dah jadi cikgu , haa jadi cikgu pakar lagii . see ? depa ni boleh berjay laa . jangan tau nak pandang rendah kat orang jaa .

so , kat sini . aku nak pesan laa kat sesiapa yang terasa pernah / selalu / suka pandang rendah kat golongan macam ni , pleaseee lahhh . STOP ! bukan hebat sangat pun dok pandang rendah kat orang . nanti kena kat batang hidung sendiri . haa baru ada akai . kalau ada kawan-2 yang macam ni , kawan laa elok-2 . maybe kita boleh tolong golongan-2 ni jadi lebih tabah mungkin ? okayy , tamat sudah sesi luahan hati . thankyou for reading :D

If you want it badly enough , there are no limits on what you can achieve

guru sambilan :D

Assalamualaikum & Hye readers :D

starting semalam , aku dah mulakan kerjaya aku . ngeh3~ kerjaya lahh sangat kan . err , kalau kawan-2 kat facebook , maybe ada yang dah tau pasal ni . tapi kalau kat facebook tu , aku saja buat over sikit . haha aku bukan bukak kelas pun . tapi just tolong ajarkan subjek Mathematics kat sepupu aku yang bakal menduduki PMR tahun ini .

err perasaan aku ? haha excited dan tension jugak . aku ni dah laa tak ada pengalaman jadi cikgu . tak ada skill gitu . so , aku jadi cepat hilang sabar sikit dan hampir putus asa di situ ;( haha baru aku faham perasaan cikgu , bila murid-2 xfaham apa yang diajarkan dan terpaksa ulang benda yang sama banyak-2 kali . hadoii =__=

rasa macam nak menangis pun ada . tapi , support dan nasihat yang parents and kakak aku buat aku semangat balik . cewaahh :D dan semalam kan ada cerita Kungfu Panda . dalam cerita tu pun ada bagi nasihat supaya jangan senang putus asa . so , sesiap yang baca entri ni . tolong doakan aku berjaya tolong sepupu aku ni . tqvm (':

the future belongs to those who believe in the beauty of their dreams ♥

rinduu ;(


Assalamualaikum & Hye yu ols (:

amboii boii title , kemain lagi enn . haha saja nak bangga ada orang-2 rindu aku . junior-2 n kawan-2 yang pergi PLKN tu laaa . depa kan boleh balik . alaa sempena dengan CNY ni laa . semua pakat mengaku rindu aku wohh . cewwaaahh . macam nak kena penampaq jaa aku ni kan ? hehe tipu jaa tu . aku yang rindu depa tu sebenaqnyaa >.<

yelahh , time depa semua ada . rasa meriah jaa . tapi bila semua pi PLKN n dah balik asrama , nahh , aku rasa sunyi gilaaaa =.=' kat FB , nak tengok 100++ yang online pun payah . henpon ni , nak masuk message yang aku tunggu tuuuuuu , hari jumaat n sabtu jaa . tension jaa tunggu tau dak ?! forever alone .ceyy , luah perasaan pulak . tampaq laju-2 haa :D okay bye 

it ain't what they call you , it's what you answer to

Babies Languages ♥

atoto omey nyeeee :D
atoto omey nyeeeee :D
atoto omey nyeeeee :D
atoto omey nyeee :D
atoto omey nyeee :D

hyda , stop it ! =.='

ehh , Assalamualaikum & Hye 

sorry gambar intro yang banyak sangat . geram tengok babies semua comel-2 ! rasa macam nak letak semua ! hehe cooommmeeeeelll laaaaaa !! okay dah . nak sambung ni . hehe macam title entry bagitau , kali ni aku nak cakap pasal bahasa-2 baby. " ehh , baby mana boleh cakap ? ada ke bahasa ? " hehe ada laaa . dan bahasa baby ni , xkira laa baby tu anak melayu , omputih , india , cina , siam , or apa-2 lahh kan . dia tetap sama jugak . 1Bahasa . cewahh . hehe .

kepada kakak abang pakcik makcik , perlu tahu bahasa-2 ni . nanti senang laa nak control baby kalau dia mula keluarkan suara nyaring yang membingitkan telinga . haa , lupa pulak nak bagitau =.=' baby ni berinteraksi dengan kita guna bahasa-2 dia dengan buat bunyi / menangis teros ye :D okay , meh usha video ni . tapi agak panjang sikit lahh .


haa awal-2 tu sembang jea . so , skip terus pun bolleh . point yang penting start 03:58 . nanti dia ada contoh sekali . tapi kalau nak tengok full boleh jugak . sebab dia ada kenalkan orang yang buat kajian ni masa mula-2 . ehh , apa aku cakap ni =.=' malas nak tengok video ? nii aku bagi 5 bahasa yang baby guna . tapi nanti xtau contoh . so , better tengok video tuu :D

'NEH' - hungry
'OWH' - sleepy
'HEH' - discomfort
'EAIR' - lower gas
'EH' - burp

haa tu lahh 5 bahasa yang baby ( 0-3 month ) guna untuk interaksi dengan kita . so , apa tunggu lagi ? siapa yang ada adik or anak yang masih baby , tengok laa video ni dan praktik laa benda ni . memang nanti baby tu dah tak nangis lagi dah . tapi kena dengar betul-2 laa bunyi apa yang baby tu buat kan . hehe good luck ! ♥

don't think or judge . just listen

secret admirer :D


Assalamualaikum & Hye yu ols :D

ecehh tajuk , secret admirer lahh sangat kan . harharhar :D haaaaaa tak tau mana nak start . macam ni , dia ni bukan secret admirer aku pun sebenarnya . sebab dia same gender dengan aku . title 'secret admirer' tu sengaja diberikan sebab aku nak kurangkan sakit hati aku . kalau dulu , aku lagi selesa panggil dia 'stalker' . 

err menyampah nyaaaa =.=' nak tahu kenapa ? dia bagi aku sakit hati . then , dia add aku baaaanyaaaaakk kali sangat kat facebook . lebih 10 kali dah rasanya . bila aku rimas , aku block dia . then dia add dengan second account pulak ! yang tu pun aku block jugak . tak puas hati agaknya , dia angkut berbakul-2 kawan dia datang add aku =.=' bila aku dah block semua , dia angkut sepupu sepapat dia pulak add aku . hadoii =.=' penat kan jadi aku ? 

haha tapi sekarang , aku dah remove semua . aku malas nak musuh-2 ni sebenarnya . tapi dia yang mulakan , nak buat macam mana kan . tapi bila fikirkan balik , aku xpatut jugak nak salahkan dia . sepatutnya aku salahkan yang sorang lagi tu *ni hasil dari terbaca satu article yang dah buat hati aku berubah* cewahh . hehe tu jela kot . tolong doakan hati aku ni senang sikit nak maafkan insan bertuah yang aku maksudkan tu . terima kasih ♥

my mouth said that i had forgive you , but my heart don't agree with it 

eii , tak padan dengan budak kecik !


Assalamualaikum & Hye followers :)

entri kali ni aku nak luahkan rasa pelik aku dengan budak-2 kecik zaman sekarang . ni cerita semalam . masa aku jalan-2 dengan kawan aku . err , naik motor sebenarnya =.=' masa tengah makan angin tu *cewahh* , ternampak laa ada satu geng budak-2 tengah main . aku pun usha lahh budak-2 tu tengah main . at the same time , aku tertengok kat sorang budak ni . sebab aku terasa macam dia tengah tengok aku . ngeh-3 , perasan >.< tapi memang betul pun dia tengok aku jugak .

masa kami tengah bertentangan mata tu , aku dengar satu bunyi . macam ni , pheeewwiiittt~ . aku tau budak tu yang buat . tapi aku blur lagi . sambil tertanya-2 dalam hati , " err , bunyi apa budak ni dok buat ? " haha blurr gila aku .

bila dah lepas kawasan budak-2 tu main . baru aku teringat bunyi apa yang dia buat tu !! bunyi nak ngorat ! haha bodohhhhhhhhh . memang aku gelak habis-2an laa kat atas motor tu . haiyya , xpadan dengan budak kecik ! gatal betul =.=' haihh , budak-2 zaman sekarang dah maju kan . kecik-2 baru sekolah rendah dah pandai menggatal . pfffttt -.-"

to live a creative life , we must lose  our fear of being wrong

GIVEAWAY 1st cik violet

lagi giveaway aku kena tag . meh sini cepat ! usha banner and klik untuk usha syarat-2 penyertaan okay ?


ni aku nak tag nii :)

2012 Special Giveaway

_klik banner untuk ke entry original_


Assalamualaikum & Hye kawan-2 :D

nampak tak banner kat atas tu ? haa , kali ni aku nak join giveaway ni pulak . ahaks semangat pulak aku nk join contest giveaway bagai ni kan =.=' sekadar mencuba nasib . kalau rezeki aku , boleh laa aku dapat home made chocolate ka . yummm :D tapi ! kalau siapa-2 yang duduk area KL tu , boleh dapat cupcake tau ! alaaaa ;( nak dua-2 bolehh ? *muka comel* hehe update entri ni , perut aku pun dah menyanyi mintak chocolate . ooppss :D haha mari usha syarat-2 penyertaan yang telah aku copy :

1) Buat 1 entry tentang giveaway ini yang bertajuk 2012 Special Giveaway.
2) Tepekkan banner giveaway ini dalam entry anda dan link kan sekali ke entry ini.
3) Bagi yang mempunyai akaun facebook sila add facebook Teha DessertWAJIBtau! =)
4) WAJIB share giveaway ini di laman sosial anda (facebook, twitter, tumbler, etc)
5) Nak follow? Silakan.. Tak nak follow? Takde masalah.. It is not compulsory =)
6) Tag minimum seorang kawan untuk join giveaway ini.
7) Tinggalkan link entry anda di ruangan komen. (notice jika anda tiada akaun facebook)
8) Tarikh tamat giveaway adalah pada 31 January

dan sekarang . aku mahu tag rakan blogger aku ! jeng jeng jeng ~ insan yang bertuah itu ialah  ILY !

Pictures Of The Year 2011 Contest

Assalamulaikum & Hye evelibodi (:

haihh , penat menghapdet banyak kali =.=' tapi xmengapa , sebab taknak kecewakan kawan aku cikShida yang dah tag aku untuk join satu contest ni , so sekarang aku dah ambil bahagian :D 

klik gambar untuk ke entry ORI beliau :D
err , dengan ini aku isytiharkan gambar ni sebagai Picture Of The Year untuk tahun 2011 aku :



baaaaaanyak jiwa satu hati ♥ kata sepakat budak lelaki memberi arahan dan kerjasama kami budak perempuan membentuk 'hati' kami berhasil dengan adanya kerjasama yang superb ! hati kita sentiasa bersatu ♥
err dah kot . haa , lupa pulak =.=' syarat-2 penyertaan dan hadiah boleh usha kat blog beliau okay ? alahh , klik SINI pun bolleh . nii , insan bertuah aku nak tag :D *yang tak kena tag tu , pandai-2 laa men'join'kan diri ye*

Mega Giveaway 2012 Belog Nemomimosh

Assalamualaikun & Hye readers ! :)

haa nampak tak title tuu ? nampak taaaakk ? haa yang tu giveaway yang dibuat oleh salah sorang blogger kat muka bumi ni . haha :D nahh , klik sini untuk ke blog beliau . first , thanx kepada beliau sebab rajin buat giveaway ni . hehe dan thanx jugak kepada JANNAH yang dah tag aku :) muahmuah sikit kat kau ye daro . kalau ade rezeki , dapat lahh aku pilih hadiah yang gojes-2 tuuuuuuuuuuuuuuuu . 

klik banner untuk ke blog nemomimosh .

sekarang ni , meh sini usha syarat-2 dia pulak ye (:

Syarat-syarat :

1. Sila buat satu entri mengenai giveaway ini dan tampal banner kat atas dalam entri uols. (Nak copy paste pon takpe asalkan uols kepochi kat belog uols)
2. Jangan lupa link kan sekali banner di atas ke belog Nemomimosh. 
3. Tag 3 orang kawan. Sila maklumkan kat diorang yang diorang dah di tag.
4. Dah selesai semua, sila tinggalkan komen kat entri ini dan sila isi maklumat yang diperlukan :
URL Link : ________________________ (Link entri yang uols buat pasal giveaway ni)

and of course , aku adalah salah sorang manusia yang telah copy paste jea syarat-2 ni . hehe bukan malas . tapi takut nanti salah info pulak kan :D INGAT ! pemenang boleh pilis 1 hadiah daripada 10 hadiah yang di sediakan . ehh =.=' hadiah lupe nak tunjuk pulak . 



perghh , aku tengok pun tergugat . kalaulahh ada doraemon , dah lama aku keluarkan beg-2 tuu . haha nak tengok entri yang dibuat owner sendiri , boleh usha sini . kot laa korang cakap aku nak menipu ke apa kan . hehe dan sekarang ! ini manusia bertuah yang aku nak tag ! jeng jeng jeng *yang tak kena tag , jangan segan silu join sekali ye ? :D*

an amazing day :D #2

Assalamualaikum & Hye readers :D

ini hari . saya manyak syok woo . excited + takot pun adaa . sebab , harini aku test JPJ untuk motor !  pagi-2 aku dah bangun . baju biru , jeans biru , kasut biru , purse biru . cewahh :D semua biru kan . semangat wohh . 

bertolak , dan sampai di Kunci Rimbun . masuk pejabat untuk ambil kupon dan bayar duit . panjang gilaa queue =.=' tapi sebab semangat , kesabaran aku tak teruji pun harini . dah dapat kupon , keluar pejabat , pergi makan . ramai gilaaa orang JPJ yang tengah sarapan . buat cuak aku jea . 

habis makan , cikgu yang ajar moto tu panggil nama . aku sesi satu . start pagi . perghhhh cuak kot =.=' tapi bila dah lama tunggu aku lagi tension sebab lama sangat lahh pulak ! tapi aku ketaqqqqqqq >.< hehe . aku dapat numb 48 . naik motor numb 8 . baju traffic yang striking tu pun numb 8 . hee seronok .  warna biru dan numb 8 mewarnai hidup aku harini .

dah sampai turn aku kena test ! haha cuakk =.=' dalam hati memang dah selawat banyak-2 dahh . takot woo . dan bila dah habis buat , tunggu cg panggil nama nak bagi result . baru duduk kat sebelah dia , cikgu tu cakap : " yang pangkah-2 tu GAGAL naihh " grrr , memang rasa macam nak nangis jea . tapi aku hanya mampu senyummm :') and finally , lepas dah tulis nama , ic numb , and sign . cikgu cakap : " tahniah , kamu dah lulus test ni " HAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA rasa macam nak jerit jea kat situ tahu ?!! alhamdulillah :D sekarang , dengan rasminya aku dah bergelar pemegang lesen P ! lepas ni , lesen kereta pulakkkkk . wait for me okayy ? nahh , ini sedikit gambar yang aku amek kat google image . location : Institut Memandu Kunci Rimbun 

elemen 1#
meniti titi ( tak jatuh , masa lebih 7saat )

elemen 2#
halangan berkon
pondok yang indah tuu tempat JPJ beradu :D

elemen 3#
brek kecemasan

elemen 4#
pusingan 8

elemen 5#
selekoh tajam
*dalam bulatan merah*

selesai bahagian dua . dan sekarang ke bahagian 3 pulak . ni test untuk jalan raya .

yang tengah beratur panjang tu , tempat nak mula bahagian 3 :D
hee done ! kepada sesiapa yang belum JPJ test tuu , goodluck okay ? :D

di mana ada kemahuan , di situ ada highway :D

pandai sangat pun tak guna #3

Assalamualaikum & Hye readers :)

lagi sambungan pasal Nur Amalina Che Bakri . dia dah buat feedback video pasal gossip yang dah tersebar tu thru online chat . ngeh3~ tapi bukan dengan aku laa =.=' ini aku nak share jea . nahh hamekkkkk 
















haaaa dahh . tengok sampai habis . lepas ni jangan nak bising dahh . doakan yang terbaik untuk Amalina . dan kepada Nur Amalina Che Bakri if baca entri ni . saya minta maaf sebab posted aboout you . nak tengok lagi banyak video live chat dengan Amalina , check kat sumber ni okay :D

be joyful in hope , patience in affliction , faithful in prayer

Jumaat dan Sabtu sangat istimewa .

Assalamualaikum & Hye :)


kenapa Jumaat dan Sabtu sangat istimewa ?? yaa sebab cuti sekolah . tapi , aku tiap-2 hari cuti sekolah . so aku bukan rasa istimewa sebab cuti sekolah . HAHA budak sekolah jea yang rasa macam tu . huhh start semalam , barulah aku rasa yang hari Jumaat dan Sabtu ni sangat berharga . sebab apa ? haha mana boleh bagitau . certain orang jea yang tahu dan boleh rasa apa yang aku rasa . lepas apa yang jadi semalam , aku tertunggu-tunggu hari Jumaat dan Sabtu ni . doakan perjalanan Jumaat dan Sabtu selamat sampai kat aku okay ? :)

euenymiora

pandai sangat pun tak guna #2

Assalamualaikum & Hye readers


ini sambungan dari entry yang lepas . yang nak usha , pergi sini  . pagi-2 buta aku online Facebook . nampak ada sorang ni post pasal Amalina tu . ini aku ringkaskan . ibu Amalina panggil media . dia nak terangkan pasal gambar Amalina tu . katanya , gambar yang tersiar tu , masa percutian family ke Paris tahun 2009 . dan pakaian yang dipakai Amalina dalam bambar tu , semua dibeli sendiri oleh ibunya . ini sumber .

haha nak tergelak pulak aku baca . aku tak tau korng perasan ke tak . aku pelik , sebab Amalina tu dah cantik-2 bertudung . tapi , kenapa ibu dia biar dia pakai baju tak cukup kain ? seluar tak cukup kain ? dan lagi aku pelik , takkan lah ibu dia jugak yang suruh dia dye rambut and pakai pewarna kuku ?? kalau tak suruh , takkan lah ibu dia tak melarang dia buat semua tu kot ? dan aku pelik jugak , kenapa dia baru nak upload sekarang gambar tu ? and perlu ke upload kalau dah tau tu gambar peribadi ? kalau nak upload , kenapa tak private kan album tu ? ahh pelik-2 =.=' tapi dikhabarkan kecemerlangan Amalina masih maintain . 

ishh , nak percaya pun ya , tak percaya pun ya . errr 50/50 laa . maybe benda ni betul or ibu dia nak cover anak kesayangan kan . apa-2 pun doa yang terbaik untuk Amalina . jangan tau nak maki jea . kita tak tahu kebenaran . kita tak duduk kat tempat dia . okayy thats all (:

TRUST is like a paper , once it's crumpled it can't be perfect ♥ 

kesabaran diuji :D mesti senyum banyak-2 (:

Assalamualaikum & Hye readers ♥

.:: AMARAN ::.
Baca Entri Sambil Senyum . FAHAM ?!

ecehh over jea aku kan =.=' haha lantak lahh . meh nak cerita sikit . harini kan *senyum* aku ada kelas teori kelas D . haa teori untuk kereta laaa *senyum* . start dari pagi . jam 0855 aku keluar rumah , nak tunggu ejen datang ambil aku nak ke Kunci Rimbun . alaa tu tempat aku ambil lesen lahh *senyum* . dengan semangat aku tunggu . tapi jam 0910 , pun tak sampai jugak *senyum* . jadi aku dengan rasa tension *senyum* call laa tempat ejen aku tu .

tut tuuut , tut tuut *bunyi masa dialing tuu*
aku : err , hello assalamualaikum *senyum*
E : waalaikumsalam .
aku : err kak , ni Haidatul Nadihah *ceyy bgtau nama penuh * tadak orang mai amik lagi pun ?
E : haa , tunggu sat naa . satgi dia pi amik laa tu . kak dah bgtau dia dah . satgi dia sorang jea kot .
aku : ohh haa okay-2 . dia mai amik naik keta apa kak ? *senang sikit aku nak cari nanti*
E : kereta kancil .
aku : ouhh haa okay . assalamualaikum *senyum*

cewahh seronok jaa aku kan . nasib lahh pagi tadi aku boleh sabar lagi ! *senyum* tunggu punya tunggu . jam dah 0930 . perghh , berasap bhaii *senyum* . aku pun sambil senyum , keluarkan hp cikai aku tuu , mesej kakak tadi .

aku : kak , xmai lagi pun ?
E : haa tunggu sat . dia bagitau , sampai lambat sikit . tapi sebelum pukul 10 . tunggu sat nahh

*senyuuuuuuummmmm* tapi dalam hati =.=' haha rasa macam nak nangis dahh . and finally , jam dah 0940 . tiba-2 ada sebuah kereta persona datang berhenti kat sebelah tempat aku duduk . ecehh macam pertandingan cerita pulak kan :D tu lahh ejen yang kena datang amik aku . legaa dia dah sampai *senyum*

sampai dekat Kunci Rimbun , kakak dekat counter dah gelabah sebab aku sampai lambat =.=' HAHA :D aku pun gelabah jugak . tapi aku mampu senyum jea . jalan sorang-2 masuk bilik kuliah kelas D dengan rasa malu gila sebab mesti nanti ramai gila orang tengok aku terkedek-kedek masuk bilik tu . dah laa lambat ! =.=' tapi tapi tapi kan , kelas teori tu xstart lagi rupanyaaaaa . hehe maybe itu ganjaran untuk orang yang penyabar *senyum* . aku pun pergi duduk , dan lepas tunggu dalam 10 minit jugak laa baru cg masuk . haa cikgu yg bagi ceramah tu pun lawak n best . mula-2 jea nampak macam tak best dan bosan sebab dia tak start cakap lagi . aku habis kelas teori pukul 4 ye kawan-2 .err dahh laaa , xlarat nnak cerita dahhhh . haha dan sekarang . CONCLUSION OF THE DAY : AKU PENAT , NAK TIDUR ! kbye :D



sabar itu sebahagian daripada iman . kita tidak akan diuji dengan perkara yang tidak mampu kita hadapi . live your life  

pandai sangat pun tak guna .

Assalamualaikum & Hye readers ♥

uhuk-3 *batuk sikit* haaaaaaaa sebenarnya aku nak sembang pasal aku rindu kat sekolah . tapi =.=' xjadi ! ada benda lain yang aku nak update . ni pasal student cemerlang SPM 2004 tuu . Nur Amalina Che Bakri . dah tau kaa ? haha dah tau tapa laa , close tab piii . yang xtau lagi , haa mai laa baca . and sapa xkenal siapa awek ni , nt aku letak pic dia sekali nahh . jangan risau :D

zaman kegemilangan 

haa tuudiaaa . kenai dakkk ?? kenai kot nohh . hm dua tiga hari ni , heboh laa pasal amalina ni yang dah berubah imej . imej yang macam mana ? scroll-2 lahh tengok ye .








haa dah tengok ? haiyy betulkah yang tu amalina ? hm kalau pelanduk dua serupa pun boleh jadi jugak kan . tak pun , yang tu fake profile jea ? tak pun , tu gambar edit ? bersangka baik :D almaklumlahh , zaman dah berubah , dunia dah maju . apa pun manusia dah boleh buat kalau nak jatuhkan orang ni kan . tapi apa-2 pun , kita doa kat dia bg sedar cepat . kalau tu bukan dia , doa supaya dia xbetul-2 jadi macam tu okay ? jangan tau nak maki kutuk jea . haa doa jugak kat students Malaysia yang dah ke overseas untuk further study tu xjadi macam ni jugak ehh . dan jangan lupa doa untuk diri sendiri jugak !! hope kawan-2 amalina or amalina ni sendiri tampil untuk bagi keterangan pasal isu ni . 

A person who never made mistakes never tried anything new .

it's new yearhh ♥

Assalamualaikum & Hye readers ♥

ahhhaaaahhhh . malas gila nak update tahu . jadi harini semangat nak update sebab bila buka dashboard , nahhhhhh berderet update pasal ' New Year 2012 ' ni kan . ahh memang , in the blink on an eye its just another year . now im officially 18 !! haha dan sekarang . dengan rasmi aku dah betul betul betul betul betul habis sekolah . oyeahhh :D ahh lepas ni , mesti ridu zaman sekolah . no more buku text , uniform sekolah , tudung jahit , prep , warden , belajar dalam kelas , DS , dan yang paling penting coverwalk dari asrama ke maktab sebab tolong 'kuruskan' aku dengan berjalan banyak . HAHA dan dan dan , yang lebih paling penting , kawan kawan kat maktab ;( ahh rindu nyaaaaaaaaaa . TAPI ! dalam kesedihan tinggalkan zaman sekolah , ada jugak benda best bila umur dah cukup 18 ni . ini pandangan dari kawan-2 aku okay . iaitu ; dah boleh tengok wayang yang 18sx n 18 sg , boleh masuk disko . HAHA xguna punya pandangan =.=' tapi apa-2 pun yang jadi , aku harap tahun 2012 ni akan levih baik untuk aku dan semua orang okay (: